fbpx

Serang Korea Utara bermakna serang Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTIN berjabat tangan dengan Jong-un di Datarang Kim Il Sung, Pyongyang semalam. – AFP

PYONGYANG  –  Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani perjanjian pertahanan bersama Kim Jong-un  semalam, manakala pemerintah tertinggi Korea Utara itu turut menawarkan  ‘sokongan penuh’ kepada Kremlin dalam perang di Ukraine.

Ikrar kerjasama ketenteraan itu merupakan sebahagian daripada perjanjian strategik yang ditandatangani di Pyongyang, di mana Putin membuat lawatan pertama beliau dalam tempoh 24 tahun.

“Perjanjian ini benar-benar kejayaan yang cemerlang,” kata Putin pada sidang akhbar di Pyongyang.

Tambahnya, perjanjian itu antara lain,  menyediakan bantuan bersama sekiranya berlaku pencerobohan terhadap salah satu pihak sama ada Pyongyang ataupun Moscow.

Kedua-dua negara itu bersekutu sejak Korea Utara ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua  dan semakin rapat sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022.

Putin juga berkata, Russia tidak menolak kerjasama teknikal ketenteraan bersama Korea Utara.

Semasa pertemuan mereka, Jong-un menggelar Putin sebagai ‘sahabat paling disayangi oleh rakyat Korea’ dan berkata, negaranya menyuarakan sokongan penuh dan solidariti bersama  Moscow berhubung perang di Ukraine

Putin pula mengucapkan terima kasih kepada Jong-un dan menghargai sokongan ‘konsisten serta tidak berbelah bahagi’ Korea Utara.

Kedua-dua negara juga tidak akan bertolak ansur terhadap ‘pemerasan’  Barat, tegas Putin yang  menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memansuhkan sekatan ke atas Pyongyang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI