fbpx

Ruhainies, Aliff Aziz hadir 3 jam di mahkamah syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff dan Ruhainies dikatakan hadir selamat tiga jam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi.

PETALING JAYA – Pelakon kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies dipercayai telah hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Difahamkan, dua pelakon itu tiba di mahkamah pada pukul 8.40 pagi dan dilihat beredar sekitar pukul 11.50 pagi.

Bagaimanapun, tujuan mereka ke mahkamah tidak dapat dipastikan tetapi dipercayai berhubung kes tangkap khalwat pasangan berkenaan oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Seterusnya, prosiding kes itu bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi pada 3 Julai ini.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Aliff, kedua-dua pelakon itu hadir ke mahkamah hari ini bukan untuk pendakwaan sebaliknya berkaitan kes khalwat mereka.

“Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka,” katanya.

Terdahulu, Aliff memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik.

Sebelum itu, Pengarah Jawi Datuk Mohd. Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies selesai.

Mohd. Ajib berkata, kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI