fbpx

Remaja lepak kejar hantu penanggal di Kotabaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan remaja tersebut cuba mengejar bebola api yang dilihat. – Warta Banjar

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kelibat bebola api terbang yang dipercayai hantu penanggal di sebuah kawasan kampung, lapor laman berita Warta Banjar semalam.

Kejadian berlaku di Kotabaru, wilayah Kalimantan Selatan.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), sekumpulan remaja pada awalnya dilihat duduk melepak di sebuah  kawasan pada waktu malam.

Mereka kemudian melihat bebola api tersebut sebelum salah seorang daripadanya menyedari ia mungkin hantu penanggal.

“Kuyang (hantu penanggal), kuyang! Itu dia,” kata remaja tersebut.

Kumpulan tersebut kemudian mengejar bebola api terbang itu dengan menaiki motosikal. Berdasarkan  kenyataan yang ditinggalkan di ruangan komen, hantu penanggal itu dikatakan gagal dikesan dan ditangkap.

Mengikut kepercayaan penduduk, hantu penanggal adalah wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk mencapai kehidupan abadi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI