fbpx

Ramai cadang cuti Hari Raya Aidiladha dipanjangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai dalam kalangan umat Islam di Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan bagi memanjangkan cuti Hari Raya Aidiladha sekali gus memudahkan untuk melakukan ibadah korban.

Dalam masa sama, mereka turut mencadangkan langkah itu boleh dilakukan dengan mengurangkan cuti tertentu sedia ada yang dikatakan ‘tidak perlu’ seperti cuti Awal Muharram dan sebagainya.

Seorang pendakwah bebas, Ustaz Salman Ali menerusi hantaran Facebook menjelaskan, selain aktiviti korban, Hari Tasyriq juga dianggap sebagai hari kebesaran kepada umat Islam.

“Tahun-tahun yang akan datang, tolonglah pertimbangkan untuk panjangkan cuti raya haji. Selain hari kebesaran Islam yang utama, raya haji adalah waktu orang menghadiri penyembelihan binatang korban dan bersosial.

“Bahkan lebih banyak melibatkan aktiviti bermasyarakat berbanding ziarah-menziarahi pada hari raya puasa.

“Hari Tasyriq juga masih dianggap hari kebesaran untuk meneruskan penyembelihan dan makan minum,” katanya.

Beliau berkata, jika perlu dibuat pilihan, lebih baik memberikan cuti yang panjang semasa Hari Raya Aidiladha berbanding satu persatu cuti pada Awal Muharram, Nuzul Quran, Israk Mikraj dan sebagainya.

“Ini hari kebesaran untuk orang berkumpul merayakan. Hari kebesaran lain tidak ada keperluan untuk seperti sebuah perayaan,” ujarnya.

Rata-rata ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut memberi contoh di Kelantan dan Terengganu iaitu cuti tiga hari sempena Aidiladha, manakala Kedah dan Perlis cuti dua hari.

“Saya setuju untuk kita gantikan cuti seperti Nuzul Quran, Awal Muharram, Maulidurrasul dan lain-lain kepada Hari Raya Aidiladha. Kiranya kerajaan tak perlu tambah cuti umum, tetapi sudah memadai menggantikan dengan cuti untuk Hari Raya Aidiladha,” kata seorang pengguna Facebook.

“Buatlah mcm kerajaan Terengganu. Setiap tahun cuti raya haji tiga hari bermula cuti hari wukuf sehingga hari raya kedua,” kata pengguna yang lain.

“Setuju sangat, kumpulkan cuti hari-hari kebesaran Islam semuanya dikumpulkan pada Aidiladha. Kalau Aidilfitri hanya ziarah sahaja, tapi Aidiladha ia lebih besar daripada itu,” komen individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI