fbpx

Rakyat Ecuador terpaksa berpanas, bergelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA buah kenderaan memasang lampu ketika bekalan elektrik terputus di Quito semalam. - AFP

QUITO  –  Bekalan elektrik terputus di seluruh Ecuador semalam, kata seorang menteri kanan kerajaan,  menyebabkan kira-kira 18 juta orang berada dalam kegelapan selama beberapa jam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC).

Sistem kereta api bawah tanah di ibu negara, Quito, terjejas dan lampu isyarat berhenti berfungsi sekitar tengah hari (waktu tempatan).

Tidak lama selepas kuasa dipulihkan, Menteri Kerja Raya, Roberto Luque menyalahkan gangguan disebabkan oleh kekurangan pelaburan dalam sistem grid elektrik.

Menulis di platform X, beliau berkata: “Selama bertahun-tahun kita berhenti melabur dalam sistem ini dan kita semua mengalami akibatnya.”

Pada April lalu, kemarau yang melanda memaksa kerajaan untuk mengumumkan program catuan  bekalan elektrik.

Langkah itu menyebabkan bandar-bandar besar tidak mempunyai bekalan elektrik selama berjam-jam.

Datuk Bandar Quito, Pabel Muñoz menyifatkan insiden semalam sebagai serius.

Pihak pengendali kereta api, Metro Quito berkata,perkhidmatannya telah terganggu disebabkan oleh kegagalan umum sistem tenaga elektrik.

Bekalan elektrik terputus itu menyebabkan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang gunting rambut berasa marah.

“Adalah tidak adil bahawa kami terus mendapat perkhidmatan yang teruk apabila membayar banyak harga tinggi,” kata Diana Rosales. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI