fbpx

PRK Sungai Bakap: 3 jalan ditutup pada hari penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menutup tiga lalu sempena hari penamaan calon PRK Sungai Bakap, Sabtu ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Polis akan menutup tiga laluan menuju Dewan Serbaguna Jawi sempena hari penamaaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Chong Boo Khim berkata, penutupan jalan pada Jumaat (21 Jun) bermula 11.59 malam hingga 3 petang Sabtu (22 Jun) bagi memastikan kelancaran proses berkenaan.

Menurutnya, penutupan jalan membabitkan Jalan Serindit, jalan susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan jalan susur JKR SPS.

“Pengguna jalan raya diminta untuk menggunakan laluan alternatif agar tidak terperangkap dalam kesesakan,” katanya hari ini.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian Nor Zamri atau lebih dikenali sebagai YB Abang Zam pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI