fbpx

Prestasi beregu lelaki makin membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Hon Jian-Haikal berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan selepas memecah masuk kelompok 20 pemain terbaik dunia.

BEREGU lelaki boleh dianggap sebagai skuad paling cemerlang dalam Akademi Badminton Malaysia (ABM) apabila empat gandingan menghuni kedudukan 20 teratas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky meluahkan rasa bangga atas pencapaian dilakukan anak-anak buahnya, terutamanya selepas beregu muda, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri memecah masuk dalam kelompok 20 terbaik dunia.

Secara keseluruhan, pengendali dari Indonesia itu gembira apabila dapat melihat tiga beregu senior dan tiga junior sudah mula beraksi pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500.

“Ia memang satu perkembangan yang bagus, cuma saya harap Hon Jian-Haikal tidak mengulangi sikap bermain terlalu santai sama seperti dipamerkan ketika beraksi di separuh akhir Terbuka Australia.

“Sekarang kita sudah ada tiga beregu senior dan tiga beregu junior yang bagus dan sudah beraksi di saingan Super 500 iaitu Hon Jian-Haikal, Wan Arif (Junaidi)- (Yap) Roy King dan Aaron (Tai)-Kang (Khai Xin),” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiata semalam.

Selain Hon Jian-Haikal yang menghuni ranking ke-20 dunia, tiga lagi pasangan adalah bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (No.5), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (No.13) dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (No.16).

“Pencapaian semasa ditunjukkan Haikal-Hon Jian memberi isyarat bahawa beregu lain juga perlu ada rasa malu kerana pasangan junior sudah boleh beraksi dengan baik terutama pada kejohanan Super 500.

“Saya harap ia dapat meningkatkan semangat beregu-beregu lain. Jika kita lihat dengan keadaan sekarang, akan ada tiga beregu negara yang boleh beraksi dalam kejohanan Super 500,” ujar Rexy.

Sebagai rekod, Haikal-Hon Jian yang mula digandingkan sejak Julai tahun lalu sudah merangkul tiga kejuaraan, iaitu Kejohanan Antarabangsa India, Guwahati Masters serta Orleans Masters.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI