fbpx

Penyodok bongkar penemuan janin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat janin ditemui tiga remaja di kawasan tanah lapang, Batu Lima Setengah, Jalan Tuaran, Inanam, malam tadi.

KOTA KINABALU – Kelibat dua individu mencurigakan membawa kepada penemuan mayat janin di kawasan tanah lapang, Batu Lima Setengah, Jalan Tuaran, Inanam, di sini malam tadi.

Kejadian mula disedari tiga remaja perempuan kira-kira pukul 8 malam pada Selasa lalu apabila melihat kelibat lelaki serta perempuan dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan lapangan terbabit dengan membawa beg dan penyodok tanah.

Kesemua remaja terbabit pada kejadian berada di bilik sewa mereka di tingkat satu kemudiannya cuba untuk memeriksa, namun hujan sedang turun ketika itu.

Bagaimanapun, perasaan ingin tahu mendorong mereka memeriksa kawasan tanah lapang terbabit sebelum terlihat ada kesan korekan tanah.

Ekoran curiga, tiga remaja itu terus mengorek semula tanah bagi melihat apa yang ada di dalamnya sebelum terkejut melihat terdapat janin di dalam satu bungkusan sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, janin itu kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI