fbpx

Taktik licik seludup petrol, bungkus bahan api guna plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kanan) menunjukkan tangki tambahan bagi mengisi petrol untuk diseludup ke Thailand pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Kastam di Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Kumpulan penyeludup dijangka lebih licik dalam mengatur strategi untuk membawa keluar petrol ke Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, pihaknya percaya aktiviti penyeludupan petrol akan meningkat menggunakan pelbagai kaedah susulan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan bermula pada 10 Jun lalu.

“Harga petrol di negara kita dan Thailand jauh berbeza yang mana RON97 yang setara dengan RON95 di Thailand perbezaannya adalah RM2.43 seliter, manakala perbezaan RON95 yang setara RON91 Thailand pula RM2.56,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Padang Besar, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya percaya kegiatan penyeludupan diesel akan tetap berlaku berikutan harga bahan api itu yang masih rendah di negara ini berbanding Thailand yang 85 sen seliter lebih mahal, ketika ini.

“Ini kerana permintaan diesel di Thailand sangat tinggi kerana negara itu menitikberatkan pertanian yang memerlukan bahan api tersebut berikutan penggunaan jentera berat dan kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Sehubungan itu, kastam akan terus memperhebatkan operasi dan pemeriksaan bagi mengesan apa jua modus operandi yang dilakukan penyeludup seterusnya mematahkan cubaan penyeludupan bahan api ke negara jiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI