fbpx

Penyelam Malaysia maut tersangkut kipas bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar CNA menunjukkan pekerja Malaysia diberikan bantuan kecemasan di Dermaga Selatan Marina, Singapura, Selasa lalu. -CNA/Tangkap Layar

SINGAPURA – Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) berkata bahawa pihaknya sedang menyiasat kemalangan di tempat kerja di mana seorang penyelam Malaysia meninggal dunia selepas tersangkut pada kipas bot, lapor portal berita Channel News Asia (CNA) semalam. 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.10 petang Selasa lalu di sebuah kemudahan berlabuh kapal timur, Dermaga Selatan Marina.

“Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun sedang melakukan kerja pembersihan badan kapal apabila dia tersangkut pada salah satu kipas bot penyelam sokongan,” kata kementerian itu sebagai menjawab pertanyaan CNA. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya menerima panggilan bagi memberikan bantuan kira-kira pukul 2.15 petang.

Pekerja itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Singapura di mana dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan.

Polis berkata, tiada sebarang perbuatan khianat dalam kejadian itu tetapi siasatan lajut sedang dijalankan.

Dalam pada itu, pihak MOM telah mengarahkan syarikat Dive-Marine Services yang menjadi majikan kepada pekerja tersebut supaya menghentikan semua aktiviti selamannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI