JAKARTA – Seorang penunggang motosikal nekad memandu melawan arus di sebuah lebuh raya selepas melarikan diri daripada sekatan polis, lapor portal berita Okezone semalam.
Kejadian berlaku di Plaza Tol MBZ, Karawang, dalam wilayah Jawa Barat.
Berdasarkan rakaman video yang tular, penunggang motosikal itu dilihat memandu di bahu kiri jalan dan tidak mengendahkan kenderaan lain yang meluncur laju di hadapannya.
Ketua Polis Peronda Jalan Raya Tol Cikampek, Komisioner Polis Deny Yuda Hermawan berkata, lelaki itu sebelumnya ditahan di plaza tol Karawang Barat.
“Dia ditahan oleh anggota kami di plaza tol, namun melarikan diri dengan berpatah balik melawan arus.
“Dia bagaimanapun sudah ditahan,” jelasnya.
Tambah Deny, penunggang motosikal tersebut juga disaman bagi kesalahan berkaitan. – AGENSI