fbpx

Penjawat awam antara 2 ditahan terima rasuah RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua individu termasuk seorang penjawat awam ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang semalam selepas disyaki salah guna kuasa menerima rasuah kira-kira RM80,000 bagi projek pembinaan tiang tenaga elektrik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang berkata, suspek menyalahgunakan jawatan masing-masing bagi projek pembinaan tiang tenaga elektrik kira-kira RM450,000.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

Katanya, kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 dan kesemua pampasan yang diperoleh dipercayai akan diagihkan kepada 70 orang nelayan yang terlibat secara ‘one off’.

“Suspek pertama yang juga penjawat awam berusia 50-an dipercayai bersubahat bersama seorang nelayan untuk memperoleh lebih RM65,000 yang merupakan sebahagian daripada wang pampasan ex-gratia yang berjumlah keseluruhan kira-kira lebih RM400,000 dan wang diperoleh sebelum projek berjalan.

“Mereka juga memperoleh kira-kira RM15,000, sebahagian daripada wang pampasan pengalihan bot yang berjumlah keseluruhan kira-kira RM46,000 dan wang diperoleh semasa projek berjalan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua supek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka direkodkan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI