fbpx

Pemandu van langgar kanak-kanak 5 tahun dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Pemandu van sekolah yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan murid pra sekolah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu yang berusia 50 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

“Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tujuan pendakwaan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sinj.

Semalam, Kosmo! melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dilanggar van sekolah di hadapan kediamannya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini.

Kejadian berlaku 11.35 pagi berlaku ketika pemandu van iaitu menurunkan mangsa dan abangnya berusia enam tahun yang juga murid pra sekolah di hadapan rumahnya.

Akibat kejadian, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI