fbpx

Pemandu van berulang kali minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karmin bersama Muhammad Afieq Miqhael menunjukkan gambar Nurhafizah yang meninggal dunia dilanggar van sekolah di hadapan rumah di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut dilanggar van sekolah, Karmin Kahil, 39, masih tidak dapat melupakan kejadian menimpa anak bongsunya dan masih terngiang suara anaknya itu memanggilnya.

Karmin berkata, dia tidak menyangka Nurhafizah Nuljin, 5, pergi buat selama dalam kemalangan jalan raya yang sepatutnya tidak berlaku.

“Kebiasaannya arwah, Nurhafizah dan abangnya, Muhammad Afieq Miqhael, 6, akan memanggil saya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun daripada van sekolah.

“Sebaliknya, suara pemandu van sekolah yang kedengaran yang memanggil saya keluar rumah bagi melihat keadaan anak bongsunya itu.

“Pemandu van berkenaan berulang kali meminta maaf dan menyatakan sudah melanggarnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Mengimbau detik hitam itu, Karmin memberitahu, dia menjadi panik melihat keadaan anak hingga pada awalnya kerana menjangkakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu dirempuh kenderaan lain.

Tanpa berfikir panjang, katanya, dia dibantu jiran untuk menghantar anak ke Klinik Kesihatan Masai namun ia sudah terlambat dan anak perempuannya itu telah pergi buat selamanya.

Katanya, pada ketika itu, pemandu van berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain.

“Saya tidak sangka kehilangan anak bongsu dalam sekelip mata, mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van berkenaan lebih berhati-hati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI