fbpx

Lelaki maut lori jatuh lubang jalan mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah lori yang jatuh ke dalam lubang jalan yang mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan malam semalam.

PEKAN – Lubang yang terbentuk akibat jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat merekodkan korban pertama apabila seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam lubang berkenaan di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di sini malam semalam.

Difahamkan laluan di jalan yang mendap berkenaan ditutup dan dilencongkan melalui jambatan bailey bagi proses pembaikan jalan yang dilakukan pihak berkaitan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 8.55 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Farhan Dagang, 29, dalam perjalanan dari Segamat ke Pekan membawa generator mudah alih.

“Apabila sampai di tempat kejadian lori yang dipandu mangsa telah hilang kawalan dan terlanggar penghadang plastik sebelum termasuk ke dalam lubang jalan yang mendap.

“Akibat kemalangan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Zaidi mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan berselekoh dan semasa kejadian permukaan jalan rata dan kering.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kerana tidak perasan kawasan lencongan jambatan sementara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI