fbpx

JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Batang Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATUSAN ikan kecil jenis tilapia yang mati di Sungai Batang Nilai, Seremban, semalam.

SEREMBAN – Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca ratusan ikan kecil jenis tilapia yang mati di Sungai Batang Nilai di sini selepas menerima aduan semalam.

Timbalan Pengarah JAS negeri, Mohd. Yunos Rais berkata, setakat ini punca sebenar kejadian tidak diketahui meskipun siasatan dan pemeriksaan lanjut di lapangan dilakukan pagi tadi.

“Sebanyak tiga lokasi dibuat siasatan dan pemeriksaan iaitu melibatkan Pekan Nilai, Kampung Stesyen dan Jalan Stesyen 2.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati bacaan pH, oksigen terlarut (DO) dan pepejal terampai (TSS) adalah pada julat 7.21, 7.24 dan 115.8mg/L. Pemeriksaan setempat atau menggunakan alat YSI di tiga lokasi secara keseluruhan mendapati bacaan normal iaitu tujuh, “katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, terdapat kerja-kerja pemasangan sistem pembetung di Kampung Stesyen yang berkemungkinan menyumbang kepada peningkatan bacaan TSS.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI