fbpx

Hubungan dengan China bukan setakat dua hala – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika menyerahkan buku berjudul Ties that Bind kepada Li Qiang dalam majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China yang berlangsung malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan diplomatik dengan dengan China bukan setakat dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, menjadi kepentingan strategik buat Malaysia untuk menjalin persahabatan dan kerjasama dengan China, dan bukan sebaliknya.

“Hubungan perdagangan yang kukuh juga menunjukkan kepentingan mendalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan China bagi mencipta era baru hubungan antara kedua-dua negara yang telah erat terjalin sejak sekian lama,” katanya.

Dalam hantaran tersebut turut dimuat naik beberapa keping gambar ketika beliau dan Premier Republik Rakyat China, Li Qiang menghadiri majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China yang berlangsung malam tadi.

Dalam majlis tersebut, Anwar juga sempat menyerahkan buku berjudul Ties that Bind kepada Li Qiang manakala Perdana Menteri China itu menyampaikan buku bertajuk 50th Anniversary of China-Malaysia Diplomatic Ties Hand in Hand for Win-Win Cooperation.

Selain itu, pemimpin kedua-dua negara itu turut bertukar-tukar setem khas bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik ini selain Anwar menyerahkan syiling peringatan kepada Li Qiang.

Lawatan Li Qiang hingga hari ini bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China itu berikutan penandatanganan Kenyataan Bersama oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan TYT Chou En Lai pada 31 Mei 1974.

Pada tahun 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan Malaysia terbesar bagi lima belas tahun berturut-turut dari tahun 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion).

Hubungan diplomatik Malaysia dengan China bertambah kukuh sejak penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI