fbpx

Euro 2024: Mbappe minta nasihat pemain ragbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE mungkin memilih untuk menggunakan topeng berbanding melakukan pembedahan yang menyebabkan proses pemulihan memakan masa yang agak lama. - AFP

DUSSELDORF – Kapten Perancis, Kylian Mbappe tidak menolak kemungkinan bakal menyarung topeng muka sekiranya diberi ‘lampu hijau’ untuk diturunkan pada aksi kedua Euro 2024 menentang Belanda pada minggu depan.

Sebagai rekod, Mbappe mengalami kecederaan serius apabila disahkan patah hidung ketika perlawanan pertama Kumpulan D menentang Austria kelmarin sehingga dibawa ke hospital serta-merta.

Namun, pihak persatuan mengambil keputusan untuk tidak menjalankan pembedahan ke atas Mbappe sekali gus memberi ruang dan peluang buatnya kembali pada baki saingan Euro 2024 sekiranya disahkan cergas sepenuhnya.

Kini, Mbappe meminta ‘nasihat’ daripada jaguh ragbi Perancis, Antoine Dupont yang turut mengalami situasi yang sama apabila disahkan patah hidung pada saingan awal Piala Dunia Ragbi 2023 di Perancis tahun lalu.

Namun, Dupont masih memerlukan masa hampir dua minggu untuk pulih sepenuhnya sebelum kembali dibenarkan bermain pada peringkat suku akhir kejohanan terbabit selain mengambil keputusan untuk tidak memakai topeng langsung.

“Ada cadangan untuk mendapatkan topeng muka yang sesuai?,” kata Mbappe kepada Dupont menerusi laman media sosial X awal pagi semalam.

“Anda boleh mesej saya secara peribadi jika mahu kod tawaran, mungkin saya ada penyelesaian yang sesuai. Apa pun, selamat maju jaya kepada anda,” balas Dupont dengan nada bergurau kepada pemain berusia 26 tahun itu.

Andai Mbappe tidak cergas untuk diturunkan ketika bertemu Belanda, ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps sudah ada ‘pelan B’ dengan menurunkan penyerang berpengalaman, Olivier Giroud pada aksi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI