fbpx

Euro 2024: Mainoo sanggup lupakan persahabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAINOO percaya England perlu waspada kemampuan yang dimiliki Denmark menjelang aksi kedua-dua pasukan itu tengah malam ini. - AFP

FRANKFURT – Pemain tengah England, Kobbie Mainoo sedia mengetepikan persahabatan dengan Christian Eriksen dan Rasmus Hojlund menjelang aksi menentang Denmark pada saingan Kumpulan C Euro 2024 di Deutsche Bank Park tengah malam ini.

Sekiranya diturunkan pada perlawanan tersebut, Mainoo menegaskan, dia akan melayan dua rakan sepasukannya di Manchester United itu sebagai ‘musuh’ apabila melangkah masuk ke dalam padang.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu percaya peluangnya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama cukup tipis memandangkan perlu bersaing dengan Declan Rice dan Trent Alexander-Arnold.

“Eriksen dan Hojlund merupakan rakan sepasukan yang cukup baik di United. Memandangkan saya dan Hojlund masih muda, kami sangat rapat, manakala Eriksen banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

“Bagaimanapun, jika diturunkan ketika bertemu Denmark nanti, kami perlu melupakan seketika mengenai persahabatan dan memberikan segala-galanya untuk pasukan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menggesa rakan sepasukan supaya berwaspada dengan kemampuan Denmark, lebih-lebih lagi skuad Danish Dynamites itu mahu bangkit daripada keputusan seri 1-1 ketika bertemu Slovenia sebelum ini.

“Pemain-pemain England perlu sedar bahawa Denmark merupakan salah satu pasukan yang memiliki kemampuan teknikal cukup baik, terutamanya Eriksen. Kepakarannya mengawal bola tidak boleh dipandang rendah,” ujar Mainoo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI