fbpx

Euro 2024: Denmark janjikan aksi ‘mati-matian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENMARK terdesak untuk meraih kemenangan ke atas England selepas sekadar terikat menentang Slovenia pada aksi pertama. - AFP

FRANKFURT – Selepas terikat 1-1 ketika bertemu Slovenia Isnin lalu, Denmark sekali lagi berdepan aksi sukar menentang England dalam saingan Kumpulan C Euro 2024 di Deutsche Bank Park tengah malam ini.

Justeru, pemain pertahanan Danish Dynamites, Jannik Vestergaard menggesa rakan sepasukan supaya tidak hilang kepercayaan diri meskipun berdepan England yang dianggap antara pasukan pilihan pada edisi kali ini.

Pemain Leicester City itu percaya mereka akan berdepan aksi cukup sukar dan perlu melakukan segala-galanya bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka, seterusnya mencerahkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

“Sekiranya kami benarkan rasa gugup meresap dalam diri masing-masing, kami akan berdepan hari cukup panjang pada perlawanan itu nanti. Sangat penting untuk kami kekalkan keyakinan diri berdepan England.

“Jika bukan kami yang percaya pada diri sendiri, siapa lagi? Disebabkan itulah kami perlu bermain bermati-matian dan mengutip tiga mata penuh walaupun ia bukan tugas mudah,” katanya.

Dalam pada, Vestergaard juga menjelaskan, benteng pertahanan perlu bersedia untuk merantai pergerakan penyerang berbisa The Three Lions, Harry Kane yang pastinya diletakkan sandaran merobek pintu gol Denmark.

“Dia (Kane) merupakan seorang penyerang yang serba lengkap dan mampu menggalas beberapa peranan berbeza. Saya tahu bukan mudah untuk merantai pergerakannya tetapi kami sangat teruja berdepan dengan Kane,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI