fbpx

Enam lagi jemaah haji meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Na'im (tengah) bersama Syed Saleh (kanan) dan Abdul Rashid (kiri) ketika sidang akhbar malam semalam.

MEKAH – Sebanyak enam kematian baharu yang direkodkan setakat 19 Jun lalu dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 jemaah meninggal setakat ini.

Mereka ialah Bawi Solek, 75, dari Kampung Hilir Pusa, Sarawak, Raksan Matasil, 74, (Kota Kinabalu, Sabah), Madon Mohamed, 71, (Masai, Johor), Roba’ayah Yusoff, 71, (Beruas, Perak), Syed Abu Hassan Basri Syed Ahmad, 74, (Sauk, Perak), dan Nik Noor Azlinna Noor Basir, 54, berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, kebanyakan daripada mereka yang meninggal dunia mengalami masalah pernafasan paru-paru dan serangan jantung.

“Pihak hospital Arab dan Tabung Haji telah membantu menguruskan jenazah dan waris mereka telah dimaklumkan,” katanya pada sidang akhbar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI