fbpx

Dua jemaah tidak lengkap ibadah wukuf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH dari seluruh dunia akan berkumpul di Jabal al-Rahmah sambil berdoa menjelang hari wukuf di Arafah iaitu kemuncak kepada ibadah haji. – GAMBAR HIASAN

MEKAH – Dua daripada 31,600 jemaah haji tidak dapat melengkapkan ibadat wukuf pada Sabtu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, dua jemaah tersebut tidak dapat berbuat demikian disebabkan masalah kesihatan dan sedang berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, jemaah haji tersebut juga tidak mencukupi syarat sebagaimana 72 jemaah lain sebelum ini yang dapat melaksanakan safari wukuf.

“Kedua-dua jemaah haji ini sebahagaian daripada mereka yang menerima rawatan sebelum tibanya hari wukuf lagi.

“Mereka kini sedang di rawat di Hospital King AbdulAziz, Jeddah sejak sebelum wukuf sehingga kini,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Tambahnya, pesakit yang tidak dapat melaksanakan wukuf akan diberi peluang untuk menunaikan ibadat haji pada masa akan datang bergantung kepada keadaan.

Selain itu, Mohd. Naim berkata, jumlah pesakit yang kini sedang dirawat mencecah 93 orang sejak beberapa hari selepas hari wukuf.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, seramai 79 orang jemaah berada di Pusat Rawatan Tabung Haji di Syisya, manakala 11 orang menerima rawatan di Hospital Arab Saudi dan tiga jemaah lagi dirawat di Klinik Kecemasan Janadriyah.

“Kebanyakan kes-kes adalah melibatkan masalah berkaitan pernafasan seperti jangkitan kuman paru-paru disebabkan cuaca yang panas dan kering,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI