fbpx

Diesel masih diseleweng di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Single Cab dan tangki fiber yang diubah suai kapasiti 1,000 liter.

KOTA KINABALU – Kegiatan penyelewengan diesel terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah stor tidak bernombor di Jalan Sin San, Pasir Putih, Tawau semalam.

Dalam serbuan pukul 2.20 petang itu, pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 4,000 liter diesel di dalam 18 unit drum berkapasiti 200 liter telah dirampas.

“Serbuan ini adalah hasil maklumat risikan selama seminggu. Barang kawalan sama turut ditemui di dalam sebuah tangki treler sebanyak 2,000 liter yang disyaki diselewengkan.

“Berdasarkan keterangan awal, premis stor tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan diesel di lokasi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Single Cab dan tangki fiber yang diubah suai kapasiti 1,000 liter.

Beliau berkata, turut dirampas 18 unit drum kapasiti 200 liter, hos getah, dua unit mesin pam minyak, tangki treler dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM104,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI