fbpx

Dibenci, itu masalah dia – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seakan-akan memujuk hati, pelakon Ruhainies menyifatkan individu yang masih menyimpan kebencian terhadap dirinya mempunyai masalah sendiri.

Kata Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, pihak yang sama juga disifatkan mahu menjatuhkannya.

“Namun jawapan Tuhan di sebalik pertanyaan hambaNya adalah dengan mengatakan itu adalah masalah si pembenci dan bukan masalah individu yang dibenci,” katanya menerusi perkongsian Instagram Story.

Pelakon drama rantaian Terjerat itu berkongsi mutiara kata berupa soal jawab dengan tuhan mengenai isu masalah menerusi laman sosial tersebut.

Begitupun, tidak diperincikan sama ada perkara berkenaan membabitkan isu dengan bekas isteri hero dalam drama Terjerat, Bella Astillah atau berkaitan pihak lain.

Tanpa memberi sebarang sebab atau pencerahan sebaik berkongsi hantaran itu, Ruhainies hanya meletakkan emoji senyum.

Sebelum ini dia masih dihujani kecaman ramai susulan kes khalwat dengan pelakon yang digandingkannya dalam Terjerat Aliff Aziz pada 8 Mac lalu.

Kejian terus dilemparkan kepadanya selepas Aliff dan Bella bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI