fbpx

Cara penjimatan bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIESEL dan petrol merupakan bahan api yang digunakan untuk menggerakkan kenderaan. – Gambar hiasan

KENAIKAN harga diesel telah mencetuskan perdebatan berkenaan impak dominonya terhadap kehidupan rakyat.
Ini kerana, kebanyakan sektor utama bergantung dengan bahan api tersebut untuk operasi harian.
Kebanyakan barangan mungkin akan mengalami peningkatan harga terutamanya barang keperluan dalam tempoh terdekat ini.
Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, langkah-langkah penjimatan dalam segala aspek adalah satu pilihan bijak.
Pada minggu ini, Horizon berkongsi tip untuk memastikan penjimatan petrol dan diesel dapat dicapai.

Memandu dengan lancar
Elakkan daripada melakukan pecutan dan brek secara mengejut berkali-kali.
Ini akan menyebabkan penggunaan bahan bakar meningkat, sekali gus menyebabkan bekalan minyak cepat habis.
Pemanduan yang lancar boleh meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 20 peratus (%).

 

Tutup enjin sekiranya kereta tidak bergerak
Hidupkan semula kenderaan selepas berhenti dalam jangka masa lama dapat menjimatkan penggunaan bahan api.
Ini bagi mengelakkan pembaziran minyak yang dibakar, tetapi tidak dimanfaatkan untuk menggerakkan enjin.
Kecekapan penggunaan minyak juga akan terjejas sekiranya enjin sering dibiarkan hidup tanpa bergerak.

 

Guna pendingin hawa (AC) dengan bijak
Sebelum menghidupkan AC, buka tingkap selama beberapa minit untuk membiarkan udara panas keluar dari kereta.
Tetapkan AC pada suhu sederhana dan bukannya tetapan paling sejuk.
Ini dapat mengurangkan beban pada pemampat dan menjimatkan penggunaan bahan api.

 

Periksa tekanan tayar
Tayar yang diisi angin mencukupi boleh mengurangkan rintangan ketika tayar bergerak.
Ini bermaksud, enjin tidak memerlukan banyak bahan api untuk menggerakkan kereta.
Tayar yang kempis boleh meningkatkan penggunaan bahan api sehingga 3%.

 

Ringankan beban pada kereta
Semakin berat kenderaan, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk bergerak.
Bagi setiap tambahan 45 kilogram yang dibawa oleh kenderaan anda, kecekapan bahan api boleh berkurangan kira-kira 1-2%.
Ini turut bergantung pada jenis kenderaan dan cara pemanduan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI