SETIU – Kebimbangan penduduk Kampung Padang Serai di sini terhadap kebun kelapa mereka sering dicerobohi beruang matahari terakhir apabila haiwan liar tersebut berjaya ditangkap
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) malam tadi.
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, beruang matahari seberat 120 kilogram tersebut masuk perangkap dipasang pada pukul 11 malam.
“Sebelum ini kami menerima aduan penduduk yang mendakwa kebun kelapa mereka sering dicerobohi beruang matahari terbabit pada minggu lalu.
“Satu perangkap telah dipasang di kawasan terbabit pada 12 Jun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati beruang jantan terbabit dalam keadaan sihat dan stabil.
Jelas beliau, haiwan dilindungi tersebut akan dilepaskan ke habitat semulajadinya di hutan berhampiran pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE