fbpx

Bersatu serah notis kekosongan 6 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Notis Pemakluman Kekosongan Kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan melibatkan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang terhenti keahliannya secara serta-merta telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, notis tersebut membabitkan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan yang telah ditandatangani oleh beliau.

“Pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan bahawa sebarang keputusan sesuatu parti politik adalah muktamad dan konklusif.

“Secara prinsipnya, saya yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul mahu memastikan badan legislatif bebas daripada pengaruh politik kepartian dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ronald berkata, Johari tiada pilihan kecuali mengisytiharkan enam kerusi Parlimen tersebut kosong, seterusnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan suatu pilihan raya kecil diadakan.

Sementara itu, beliau berkata, semalam suatu precedent kekosongan luar jangka membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri juga telah diumumkan Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, yang merupakan keputusan tepat mengikut lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan serta selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.

“Hal ini juga telah diperjelaskan oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI