fbpx

Beri MITI masa jelaskan kedudukan daya saing jatuh – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran MCMC Microsoft AI Teach: Skills For AI-Enabled Economy dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara MCMC dan Microsoft Malaysia di EQ Kuala Lumpur di sini hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menyerahkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menjelaskan mengenai kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024 yang dikeluarkan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) hari ini.

Fahmi berkata, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sudah memaklumkan kepadanya dan akan memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

“Perkara itu akan dijawab oleh Menteri MITI, beliau ada maklumkan akan jawab perkara ini, beri sedikit masa kepada pasukan MITI untuk mengkaji apa yang dimaksudkan, apa yang berlaku kerana realitinya tahun ini kita menyaksikan jumlah pelaburan yang sangat tinggi terutama dalam sektor semikonduktor, sektor data center dan juga dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Jadi, kita serahkan pada MITI untuk jawab dengan lebih sempurna,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran MCMC Microsoft AI Teach: Skills For AI-Enabled Economy dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara MCMC dan Microsoft Malaysia di EQ Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata beliau akan menghuraikan butiran kedudukan Malaysia dalam Kedudukan Daya Saing Dunia yang dikeluarkan oleh IMD hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, MITI sudah menerima laporan itu dan sedang dalam proses membuat semakan bagi memahami pelbagai isu berkaitan perdagangan global.

“Saya akan berbincang dengan pasukan dan semua pihak berkaitan, dan saya akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara itu petang ini,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dunia 2025 di pulau Yumeshima, Osaka, Jepun.

Dalam laporan baru-baru ini, Malaysia menduduki tempat ke-34 daripada 67 negara dalam WCR 2024 jatuh tujuh anak tangga daripada ranking ke-27 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI