fbpx

‘Babi terbang’ dalam nahas Mercedes-Benz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar BONET sebuah kereta Mercedes-Benz dipenuhi dengan daging babi di daerah Sam Phran kelmarin - Foto KhaoSod

BANGKOK  –  Sebuah kereta Mercedes-Benz dan trak pikap membawa daging babi segar terlibat dalam kemalangan di daerah Sam Phran dalam wilayah Nakhon Pathom, lapor portal berita Thaiger semalam.

Nahas berdekatan sebuah persimpangan itu mengakibatkan lapan orang cedera, manakala daging haiwan tersebut melambung dan bertaburan di atas jalan raya dengan sebahagiannya melekat pada bonet Mercedes-Benz.

Pasukan penyelamat memberikan pertolongan cemas di lokasi kejadian sebelum membawa semua mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang (waktu tempatan) itu, bahagian belakang trak pikap tersebut remuk. 

Bahagian depan kereta Mercedes-Benz itu juga remuk teruk.

Menurut siasatan awal, pikap itu berhenti di lampu isyarat merah dan memecut laju apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Ketika itu, sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu laju melanggar bahagian belakangnya dengan kuat.

Polis masih menyiasat kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI