fbpx

Anwar ucap takziah kepada keluarga Ustaz Rasul Dahri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Ustaz Rasul Dahri.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah dari Singapura, Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan meninggal dunia malam tadi.

Dalam hantaran di Facebooknya, Anwar berkata Allahyarham merupakan salah seorang alumni di Yayasan Anda suatu ketika dahulu.

“Takziah kepada keluarga pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau juga adalah antara alumni di Yayasan Anda suatu ketika dulu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman,” tulisnya.

Terdahulu, berita pemergian pendakwah itu dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebooknya.

Ujar Mohd. Asri, kali terakhir beliau berjumpa dengan Allahyarham adalah ketika dirinya berada di Johor pada tiga minggu lepas.

“Saya dimaklumkan bahawa beliau menjemput saya menziarahi beliau kerana beliau uzur. Saya menyahut jemputan tersebut bersama beberapa sahabat yang lain.

“Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memaafkan kesalahan ijtihad atau pendapat yang dipilih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI