fbpx

Anwar terima kunjungan hormat Phison

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Khein Seng di pejabat beliau di Putrajaya petang tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Phison Electronics Corporation (Phison), Datuk Pua Khein Seng, petang tadi.

Beliau berkata, Phison adalah syarikat terkemuka dunia yang mencipta pengawal pemacu kilat USB cip tunggal pertama di dunia.

“Syarikat itu kini adalah peneraju pasaran dalam pengawal data untuk NAND dan penyelesaian storan, malah hampir satu daripada setiap empat SSD yang dihantar ke seluruh dunia ialah penyelesaian Phison.

“Sewaktu pertemuan itu, kami telah membincangkan hala tuju jangka panjang terkait dengan Strategi Semikonduktor Nasional yang saya umumkan bulan lalu,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata, Khein Seng turut membentangkan cadangan pemindahan teknologi Phison ke Malaysia bagi mendukung usaha mewujudkan pelan reka bentuk teknologi tempatan.

Sementelahan ia penting dalam memberi anjakan kepada Malaysia daripada hanya menjadi pengeluar semikonduktor bagi syarikat-syarikat dunia.

“Saya singgung adalah penting dalam tempoh jangka panjang bagi negara melahirkan bakat yang mempunyai kemahiran mencipta teknologi.

“Namun ini memerlukan kerjasama erat daripada sumber-sumber yang dimiliki agensi kerajaan dan pihak swasta seperti dibuat Phison dalam bersama-sama menjadikan negara sebagai peneraju dalam mereka bentuk teknologi amatlah dialu-alukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI