fbpx

Anwar mengadap Agong sempena mesyuarat Pra-Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Anwar di Istana Negara hari ini bersempena mesyuarat Pra-Kabinet. FACEBOOK

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena mesyuarat Pra-Kabinet.

Dalam hantaran di Facebook rasmi pagi ini, turut dimuat naik beberapa keping gambar memaparkan pertemuan yang berlangsung di Istana Negara itu.

Pertemuan tersebut merupakan kali ketiga selepas Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu.

Sebelum ini Anwar mengadap Seri Paduka Baginda bersempena mesyuarat tersebut adalah pada 6 Februari diikuti dengan 23 April.

Mesyuarat itu adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat bersama Perdana Menteri mengenai urusan serta isu berkaitan kerajaan.

Mesyuarat Pra-Kabinet yang pertama ialah pada 13 Feb 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI