fbpx

922 jemaah haji mati cuaca ekstrem, 1,400 hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah berjalan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram pada 13 Jun lalu. – AFP

MEKAH – Jumlah kematian jemaah haji meningkat kepada lebih 900 orang ketika cuaca panas ekstrem berterusan melanda Arab Saudi, lapor laman berita TRT World semalam.

Seorang diplomat memberitahu agensi berita AFP semalam bahawa kematian dalam kalangan jemaah dari Mesir sahaja bertambah kepada sekurang-kurangnya 600 orang.

Angka itu menjadikan bilangan kematian yang dilaporkan setakat ini meningkat kepada 922, demikian menurut pengiraan AFP.

Diplomat sama memberitahu, pegawai Mesir di Arab Saudi telah menerima 1400 laporan tentang jemaah haji yang hilang termasuk 600 kematian.

Selain Mesir, kematian turut disahkan oleh Jordan, Indonesia, Iran, Senegal, Tunisia dan Iraq. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kerajaan masing-masing tidak menyatakan punca kematian rakyat mereka.

Seorang lagi diplomat Arab memberitahu AFP bahawa pegawai Jordan sedang mencari 20 jemaah haji  hilang, manakala 80 lagi yang pada mulanya dilaporkan hilang,  ditemui berada di hospital.

Tambah seorang diplomat Asia, kira-kira 68 jemaah haji dari India meninggal dunia serta beberapa yang lain hilang.

“Ada yang (meninggal dunia) kerana sebab semula jadi, dan kami mempunyai ramai jemaah haji warga emas. Namun, ada yang disebabkan oleh keadaan cuaca, itulah yang kami andaikan,” katanya.

Pada musim haji tahun lalu, lebih 200 jemaah haji dilaporkan meninggal dunia dengan kebanyakan mereka dari Indonesia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI