fbpx

25 peratus kadar penagihan dadah berulang akan dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL ANUAR (tengah) menyampaikan wakalah zakat kepada Siti Mariam (kanan) yang mewakili asnaf Puspen Raub di Puspen Raub hari ini.

RAUB – Sebanyak 25 peratus kadar penagihan dadah berulang dikenalpasti berlaku dalam kalangan pelatih yang ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Siti Mariam Mursidan berkata, sehubungan itu pihaknya giat berusaha mengurangkan kadar penagihan berulang melibatkan pelatih Puspen di seluruh negara.

“Setakat ini data yang AADK kumpul terdapat lebih 75 peratus dapat mengekalkan kepulihan, maksudnya dalam 25 peratus masih ‘relaps’ atau berulang balik, dan kita hendak mengurangkan kadar itu lebih rendah.

“Mungkin ramai orang cakap mustahil tetapi sebenarnya ramai sahaja yang di luar sana sudah berjaya membuktikan mereka pulih dan menjadi sebahagian masyarakat,” katanya pada Program Ibadah Korban Kementerian Dalam Negeri 2024 di Puspen Raub yang disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah di sini hari ini.

Menurut Siti Mariam pada masa ini terdapat kira-kira 8,000 pelatih ditempatkan di 30 Puspen seluruh negara manakala terdapat kira-kira 70,000 pelatih yang mendapat pemantauan AADK di dalam komuniti.

Ditanya mengenai punca penagihan berulang beliau berkata, ia melibatkan banyak faktor dan berbeza mengikut individu dan mereka perlu terus dibantu untuk berubah.

“Mungkin diri sendiri, mungkin penolakan famili dan sebagainya, banyak faktor tidak boleh kata satu sahaja sebab dia tak nak berubah, setiap orang berbeza, mungkin seorang itu tidak ada kesediaan, kedua ada penolakan dan ketiga dia memang tak nak berubah,”katanya.

Sementara itu Shamsul Anuar berkata, beliau berharap dengan pelbagai usaha dan program yang dilaksanakan dapat memastikan isu dadah dapat diselesaikan di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI