fbpx

2,000 kanak-kanak berisiko mati akibat udara tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak berdiri dekat asap di sebuah tapak pelupusan sampah di New Delhi pada 22 April lalu. - AFP

LONDON  – Hampir 2,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun berisiko mati setiap hari yang disebabkan oleh pencemaran udara, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Ia menjadikannya punca kematian kedua tertinggi bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut selepas faktor kekurangan nutrisi.

Menurut laporan Keadaan Udara Global yang dikeluarkan oleh Institut Kesan Kesihatan (HEI), secara keseluruhan, lebih lapan juta kematian yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa pada 2021 adalah berpunca daripada pencemaran udara.

Ini disebabkan oleh pencemaran udara di dalam dan luar rumah, yang terus menjejaskan kesihatan orang ramai.

Udara tercemar kini merupakan pembunuh kedua terbesar di dunia selepas darah tinggi dan  mengatasi faktor penggunaan tembakau.

Tambah laporan sama yang diterbitkan dengan kerjasama Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kanak-kanak di negara miskin mengalami kesan yang paling teruk daripada pencemaran udara.

Ini dibuktikan apabila kadar kematian kanak-kanak bawah lima tahun yang dikaitkan dengan pencemaran udara adalah 100 kali lebih tinggi di kebanyakan negara Afrika berbanding negara-negara berpendapatan tinggi.

Pengarang utama laporan itu dan Ketua Kesihatan Global di HEI, Pallavi Pant berkata, kajian tersebut mengetengahkan ketidaksamaan yang berlaku di seluruh dunia apabila kanak-kanak di negara berpendapatan rendah perlu menanggung akibat pencemaran udara.

“Terlalu banyak beban (ditanggung) oleh kanak-kanak kecil, penduduk yang lebih tua dan negara berpendapatan rendah serta sederhana,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI