fbpx

Wanita enggar bayar COD berang bungkusan dibuka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu mengamuk selepas mengetahui bungkusan miliknya telah dibuka. -  @infojkt24

JAKARTA – Tindakan seorang wanita di Jakarta Selatan yang mengamuk dan memaki hamun seorang penghantar barang mengundang perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram oleh akaun @infojkt24, wanita itu dilihat enggan membuat pembayaran secara ‘cash on delivery’ (COD) selepas menerima barangan yang dibeli kerana mendapati bungkusan telah dibuka.

“Awak jangan main-main dengan saya, saya akan buat laporan. Saya akan tularkan video ini!” kata wanita itu kepada penghantar bungkusan.

“Kalau ditularkan, saya tidak akan memaafkan awak. Kebanyakannya seperti itu, selepas tular baru minta maaf,” balas penghantar barang tersebut. 

Sementara itu, polis berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI