fbpx

[VIDEO] Isu ‘double park’ di Hospital Taiping makin teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkapan layar menunjukkan kereta Toyota parkir secara berlapis sehingga menghalang kenderaan lain untuk keluar.

TAIPING – Tindakan seorang pemandu meletakkan keretanya secara berlapis di tempat letak kenderaan telah menyebabkan kereta pengguna lain tidak dapat keluar dari parkir di Hospital Taiping.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok berdurasi 20 saat, dapat dilihat pengunjung hospital serta pengawal keselamatan menolak kereta tersebut bagi memudahkan kenderaan lain untuk keluar.

Perbuatan yang dilakukan oleh pemandu kenderaan tersebut membuatkan orang ramai marah sambil menyifatkan pemandu tersebut mementingkan diri sendiri.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai orang mengadu akan masalah yang sama dan menggesa pihak hospital untuk menambahkan parking hospital tersebut.

“Banyak kali kena, kita datang awal sebelum pukul 7 pagi, dapat parking awal tetapi tetap juga kena block,” kata pemilik akaun @intanabubakar_.

“Hospital Taiping memang masalah parking minta pihak pengurusan cari jalan penyelesaian,” Kata pemilik akaun @osmanadamkhan.

“Panggil je towing bawa ke balai polis terus bayar saman,” Kata pemilik @.dude86.

Perkongsian video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 601.7 ribu dan mendapat 7 ribu tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@roslan_iskandarberlaku di kawasan parking hospital taiping..korang rase?tuan kereta type C.😁😁akhirnya berjaya ditolak oleh org ramai dgn guard.sound ni bukan original ya😁😁,.(DILARANG BUNYIKAN HON DIKAWASAN HOSPITAL)

♬ original sound – OHBULAN!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI