fbpx

Saya minta maaf sebab jawapan mengelirukan – Ustaz Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ Don. Foto oleh FAIZ ALIFF AHMAD ZUBIR/ KOSMO!

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Don sekali lagi dikecam orang ramai apabila memberi jawapan mengelirukan berhubung ibadah berpuasa semasa Adiladha.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, dalam satu perkongsian di sebuah stesen radio memaklumkan salah satu waktu yang tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Perkara tersebut didakwa mengelirukan kerana umat Islam turut tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik yang merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah.

Menyedari kesilapannya, Ustaz Don turut tampil membuat permohonan maaf di media sosialnya.

Katanya, penjelasan itu agak mengelirukan kerana soalan yang diajukan adakah tidak boleh berpuasa pada hari raya pertama maka jawapan diberikan berdasarkan hari raya pertama sahaja.

“Soalan itu ditanya, Ustaz boleh puasa tak pada hari raya Aidiladha jadi masa saya rakam kami tanya ini hari raya pertama sahajakah? Jadi dia kata ya, dan jawapan nak bagi ringkas.

“Jawapan yang betul sepatutnya hari raya Aidiladha dan Aidilfitri raya pertama tidak boleh puasa, berbeza dengan Aidiladha ada hari Tasyrik. Jadi, bila jadi begitu panjang huraian dia, saya minta maaf sebab jawab mengelirukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu hantaran turut memaklumkan adalah haram berpuasa pada hari-hari Tasyrik pada 11,12 dan 13 Zulhijjah bersamaan 18,19 dan 20 Jun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI