fbpx

Tujuh rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran di rumah setinggan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh rumah setinggan dan sebuah rumah kedai terlibat dalam kebakaran di Jalan Pudu di sini semalam.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, L. Logeswaran berkata, dalam kejadian itu sebanyak tiga buah kereta dan tiga motosikal turut musnah dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 8.04 malam tadi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran berlaku melibatkan tujuh rumah setinggan di mana enam daripadanya musnah 100 peratus dan sebuah lagi terbakar 40 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya kebakaran juga melibatkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan 100 peratus di bahagian tingkat atas.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran masih di dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI