fbpx

Tragedi bot karam: Mayat Rhuban Apparoo dijumpai 18km dari lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membawa mayat Rhuban Apparoo di dermaga Belaga, selepas dijumpai oleh orang awam di hilir Rh Kejaman Neh Long Liten iaitu sejauh 18 kilometer dari lokasi bot karam.

BELAGA – Mayat seorang lagi mangsa bot karam di Jeram Menjawah, berhampiran Rh Apan Long Menjawah di sini ditemukan pagi tadi pada jarak 18 kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak polis mengenai penemuan mayat Rhuban Apparoo, 30, kira-kira pukul 8.22 pagi.

Menjelas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dijumpai oleh orang awam di hilir Rh Kejaman Neh Long Liten dan pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, mayat pertama daripada dua mangsa yang hilang itu ditemukan terapung kira-kira pukul 1.15 petang.

Mayat Balavishnu Permaloo, 36, dijumpai oleh orang awam pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`