fbpx

Speaker Kelantan umum kerusi DUN Nenggiri kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azizi (tengah) ketika ditemui wartawan selepas sidang DUN di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula hari ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak DUN Kelantan menerima satu notis bertulis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

“DUN Kelantan menerima notis bertulis di bawah fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai Mohd. Azizi Abu Naim telah hilang keahlian Bersatu seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri.

“Menurut fasal 3 (3) undang-undang sama, speaker hendak memastikan bahawa berlaku kekosongan luar jangka tersebut,” ujarnya.

Menurut Mohd. Amar, sehubungan itu, berdasarkan Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI