fbpx

Songlap RM24.2 juta: Lapan individu termasuk pegawai bank direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai lapan individu termasuk pegawai bank direman polis bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan itu dibuat bermula 13 hingga 17 Jun lalu di Sabah dan Perlis.

“Seramai lima lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 26 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Tujuh suspek ditahan di Sabah dan seorang di Perlis manakala empat daripadanya adalah kakitangan bank berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Ramli, kesemua suspek direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kakitangan bank iaitu wanita berusia 38 tahun ditahan di Kota Kinabalu, Sabah minggu lalu bagi membantu siasatan.

Ramli berkata, siasatan mendedahkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan.

Kelmarin, polis turut memberkas seramai lima individu termasuk dua pegawai bank selepas disyaki bersubahat dengan sindiket terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI