fbpx

Skuad terjun mengharap ihsan WA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE LIANG merupakan calon terbaik untuk mendapatkan kuota daripada WA bagi beraksi di Olimpik Paris berdasarkan kedudukannya ketika Kejohanan Akuatik Dunia Februari lalu.

SKUAD terjun negara mengharapkan tuah bagi mendapatkan satu lagi slot untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris, Perancis bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Pengarah Teknikal (Terjun) Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Bryan Nickson Lomas menjelaskan, pihaknya hanya menunggu perkembangan daripada World Aquatics (WA) yang merupakan badan induk sukan akuatik dunia.

Difahamkan, skuad terjun hanya perlu menunggu panggilan daripada WA sehingga 8 Julai depan bagi mendapatkan pengesahan sama ada Malaysia akan diberikan satu lagi slot ataupun tidak ke Olimpik Paris nanti.

“Memang ada dapat mesej daripada World Aquatics mengenai kuota untuk ke Sukan Olimpik. Sekiranya kita tidak dapat panggilan daripada mereka sehingga 8 Julai, bermakna kita terlepas kuota tersebut.

“Peluang itu tetap ada, tetapi sangat tipis, susah untuk saya cakap mengenai perkara ini. Apa saya boleh cakap, (Ooi) Tze Liang memiliki peluang paling cerah untuk mendapatkan kuota tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berdasarkan kedudukan ke-23 keseluruhan yang diraih Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu lelaki pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar Februari lalu, dia merupakan calon terbaik bagi mendapatkan kuota berkenaan.

Setakat ini, penerjun muda, Bertrand Rhodict Lises menjadi satu-satunya atlet terjun negara yang sudah melayakkan diri secara merit ke Olimpik Paris menerusi acara 10m platform individu lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI