fbpx

Rider temui ajal ketika beri laluan kepada ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang penghantar makanan di Jalan Padang Jambu, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang penghantar makanan menemui ajal selepas dirempuh sebuah kereta ketika memberi laluan kepada sebuah ambulans di Jalan Padang Jambu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Hilmi Saleh, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah Proton Wira cuba memberi laluan kepada ambulans.

“Kedua-dua kenderaan ini dari sebelah kanan jalan arah Pengkalan Batu ke Padang Jambu cuba melintas ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulans yang datang dari belakang mereka.

“Manakala dalam masa sama sebuah kereta jenis Honda Civic dari arah Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka sedang bergerak lurus di lorong tengah dan tidak sempat mengelak dua kenderaan terbabit lalu merempuh mereka,” katanya kepada pemberita, hari ini.

HILMI meninggal dunia di lokasi selepas dirempuh Honda Civic

Ujarnya, akibat kemalangan itu, penghantar makanan terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu Wira berusia 65 tahun dan Civic 50 tahun masing-masing mengalami sakit di bahagian dada serta cedera di leher.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan pemandu Civic dirawat di zon kuning hospital sama. Pemandu Wira hanya cedera ringan.

“Kita sedang mengesan saksi kemalangan dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI