fbpx

Putin lawat Korea Utara selepas 24 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONG-Un berbual dengan Putin (dua dari kanan) di Rumah Tetamu Negeri Kumsusan, Pyongyang hari ini. - Foto AFP

PYONGYANG – Presiden Russia, Vladimir Putin tiba di Korea Utara hari ini dalam lawatan pertamanya ke negara itu dalam tempoh 24 tahun, lapor akhbar Metro UK.

Moscow mengesahkan bahawa Putin mendarat di ibu kota negara itu, Pyongyang, kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Beliau disambut di lapangan terbang oleh pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un. 

Mereka berjabat tangan dan berpelukan sebelum Jong-un bersama Putin menaiki sebuah kereta ke Rumah Tetamu Negeri Kumsusan, Pyongyang.

Agensi berita rasmi Korea Utara menyifatkan pertemuan itu sebagai peristiwa bersejarah yang menunjukkan semangat setiakawan dan kesatuan antara kedua-dua negara.

Butiran mengenai perjalanan itu adalah tidak jelas tetapi ketika Putin melawat bandar Yakutsk di Russia, spekulasi bahawa beliau menggunakan lawatan itu sebagai persinggahan sebelum melakukan perjalanan ke Korea Utara telah merebak.

Ini adalah kali kedua Putin melawat Korea Utara dengan lawatan terakhirnya adalah pada tahun 2000, ketika bapa Jong-un, Kim Jong-il menjadi pemimpin negara tersebut.

Lawatan itu menjadi tumpuan kerana kedua-dua buah negara terus mempertingkatkan hubungan mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI