fbpx

PRK Nenggiri: SPR adakan mesyuarat khas 28 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 28 Jun depan bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, ia berikutan pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mohd. Amar Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu.

Katanya, kekosongan itu ekoran penyandangnya, Mohd. Azizi Abu Naim telah hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 13 Jun 2024.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh SPR menerima pemakluman tersebut.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas PRK akan diadakan pada 28 Jun 2024 di mana satu sidang media akan diadakan sejurus itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI