fbpx

Pegawai, kakitangan awam Selangor perlu mesra, dengar masalah rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah berkenan menekan 'buzzer' sebagai gimik perasmian Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Selangor sentiasa bersifat mesra dan mendengar masalah dihadapi oleh rakyat negeri ini.

Justeru, tegas baginda, para pegawai termasuk pegawai daerah dan kakitangan pejabat daerah perlu bekerjasama dengan Orang Besar Daerah iaitu wakil Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di setiap daerah di Selangor.

Titah Tengku Amir Shah, ini supaya dapat sama-sama memajukan daerah masing-masing dan membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat di daerah yang berkenaan.

“Sesungguhnya, bagaimana elok sekalipun sesuatu dasar yang telah digubal, ia tidak akan bermakna atau mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat jika pelaksanaan tidak cekap dan kurang berkesan,” titah baginda sewaktu merasmikan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling dan Ibadah Korban Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling Tahun 2024 di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Tengku Amir Shah turut memaklumkan telah berangkat ke tiga buah daerah iaitu Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang sempena Program Gagasan Rumpun Selangor yang dilancarkan pada bulan Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI