fbpx

Pas, Bersatu akan bincang calon PN bertanding DUN Nenggiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar bercakap pada sidang akhbar di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Pas akan berbincang dengan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menentukan calon gabungan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas bagaimanapun sudah mengambil langkah perlu sebagai persediaan apabila dua ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di negeri ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas isu sokongan kepada Perdana Menteri itu, kita sudah mengambil langkah perlu untuk berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk turun ke lapangan, mendapatkan maklum balas pengundi dan memperkemaskan ahli,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang akhbar di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Amar memberitahu, Pas yakin PN akan terus mengekalkan kemenangan di kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, DUN Kelantan mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI