fbpx

Operasi pembenihan awan di Kelantan bermula 21 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Kelantan- GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun ini susulan permohonan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi menjayakan operasi ini, sebanyak RM 5 juta diluluskan melalui penggunaan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, operasi yang akan dilaksanakan selama tiga hari itu diharap akan meningkatkan paras air Sungai Kelantan agar dapat mengairi kawasan-kawasan pertanian yang terjejas ketika ini.

“OPA adalah tindakan awal yang dilakukan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September depan.

“Malah, taburan hujan yang rendah yang dicatatkan bermula Februari hingga April tahun ini menyumbang kepada penyusutan paras air Sungai Kelantan serta menggangu operasi pam di seluruh kawasan Kada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi berkenaan dilaksanakan melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Ahmad Zahid berkata, bagi membolehkan Rumah Pam Kemubu beroperasi sepenuhnya, Sungai Kelantan perlu mencapai aras air pada ketinggian 4.90 meter, tetapi Kada hanya merekodkan aras air Sungai Kelantan terendah iaitu 2.19 meter pada minggu kedua April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI