fbpx

Malaysia peroleh akses eskport durian segar ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Malaysia memperoleh akses pasaran eksport baharu bagi buah durian segar dari Malaysia ke China, sekali gus mengembangkan industri tanaman durian tempatan serta meningkatkan nilai eksport agromakanan ke luar negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerjasama itu dicapai melalui pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke negara tersebut ketika rangka lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke negara ini.

Katanya, pelaksanaan protokol itu diyakini akan menggalakkan perkembangan industri tanaman buah durian tempatan dan membuka peluang kepada lebih 63,000 pengusaha durian seluruh negara.

“Melalui protokol ini juga, pengusaha durian yang berdaftar dan mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Am Kastam China (GACC) berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat dalam protokol itu yang dibenarkan untuk mengeksport buah durian segar ke negara China,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad memeterai protokol tersebut dengan Menteri GACC, Yu Jianhua, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Li Qiang.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sebelum ini, Malaysia diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada tahun 2011 dan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada tahun 2018.

Katanya, pada tahun lalu, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai sebanyak RM1.14 bilion dan secara keseluruhan, durian merupakan penyumbang utama (58.6 peratus) kepada nilai eksport buah-buahan negara yang bernilai RM2.01 bilion.

“Negara China merupakan pasaran eksport utama buah durian dari Malaysia dengan nilai eksport sebanyak RM887 juta pada tahun 2022.

“Nilai eksport durian diunjur akan terus meningkat kepada RM1.8 bilion pada tahun 2030,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI